Doa Aku Buatmu, Mereka, Kita

DUA BULAN AKU MENCINTAIMU

Ya Allah, Ya Tuhanku..
Sesungguhnya aku mencari seseorang yang halal bagiku..
untuk aku cintai di atas muka bumi-Mu..

Ya Rahman..
Murnikan hati ku dengan sifat pemurah..
utk aku berbakti sesama makhluk..

Ya Rahim..
Kurniakan aku dengan sifat penyayang..
utk aku berkasih-kasihan pd hamba2-Mu..

Ya 'Affuwu..
Rahmati aku dengan sifat pengampun..
utk aku mudah memaafkan & menyesali setiap kesalahan..
dan berikanlah keampunan pd mereka yg bersalah
& yg menyalahkan sesama manusia..

Ya Muhaimin..
Berikan aku peluang utk aku memelihara maruah diriku,
ibu bapaku, keluargaku, guruku, sahabatku, dan saudara Islamku..

Ya Sami'..
aku yakin kepada-MU..Engkau Maha Mendengar..

Ya Samad..
sesungguhnya Engkau tempat tumpuan segala hajat..
hanya pada-Mu aku berdoa..

rahmati kehidupan kami..
tidak kira siapa pun..
yg menyukai, malah membenci diriku..
sekiranya ada bara api kebencian dlm diri mereka,
padamkanlah..tanamkan diri mereka dgn sifat kemuliaan..
demi sesungguhnya, perbalahan itu menyesatkan..

dan sesungguhnya hidayah itu milik-Mu..
turunkahlah kepada aku..dan semuanya..
dalam apa bentuk sekali pun..
AMIN..


0 comments: