I'tiraf & Perbetulkan

sesungguhnya setiap manusia itu melakukan kesilapan..
dia tiada satu pun terlepas dari kiraan Allah S.W.T.

akan tetapi..
kadang- kadang kita cepat menghukum..
apabila melihat orang lain melakukan sesuatu yang tak kena di mata kita,
mudah saja terdetik di hati pasti nanti ada balasan atas perbuatan tersebut..

Adakala perbuatan salah seseorang itu menjadikannya lebih dekat dengan Allah SWT setelah dia menyesalinya dan bertaubat..
Siapa kita untuk menghukum bahawa nanti ada balasan buruk atas perbuatan silap orang tersebut?

Adakah kita membenci perbuatan orang lain itu sekadar kerana mengikut hawa nafsu kita?
Adakah kita mencemuh mereka sekadar kerana tidak kena dengan citarasa atau prinsip kita?

Berusahalah untuk menjadikan kebencian
kita itu kerana Allah SWT.

Bencilah kerana sesuatu itu dibenci
oleh Allah SWT. .

perbetulkan niat kita menegur perbuatan orang tersebut..
adakah kerana kita merasakan diri kita lebih bagus?
adakah kerana kita semata- mata ingin orang itu berubah disebabkan diri kita yang dirasakan hebat?
ingatlah bahawa hidayah itu milik Allah dan hanya Dia yang selayaknya memberi.
Kita hanyalah perantara yang tidak punya apa kuasa.
Cubalah menegur kerana kita benar- benar ingin mengubahnya atas dasar iman dan kasih sayang.

Semua ini peringatan terutamanya buat diri ini.
Bimbang juga dalam tidak sedar, kita melakukan kerosakan pada hati kita yang kononnya ingin membuat kebaikan.
Nauzubillah..

0 comments: