I'm 20..

alhamdulillah..
lengkap 20 tahun kehidupan insan ini..
AMIRUL RAHIMI BIN AHMAD..

dibesarkan dgn titik peluh seorang petani yg tekun..
susah senang Tuhan yg tahu..
namun, makan minum pakai tempat berteduh,
tetap ayahanda sediakan..
pelajaran kami adik beradik tetap diberi perhatian..
tiada seorang pun yg tidak habis SPM..
terima kasih ayah..

bertunjangkan perkahwinan selama 44 tahun,
ayah & ibu mendidik & membesarkan kami 10 beradik..
walaupun sayu menyelebungi tatkala teringatkan arwah abang,
kami bersyukur kami masih punyai adik, abang & kakak, ayah bonda tercinta..
semoga pemergian abang dicucuri rahmat hendak-Nya..

abang, walaupun tidak berkesempatan aku melihat wajahmu,
namun aku tetap rindukan kamu..
kamu saudaraku..
darah yg megalir dalam tubuhku juga darah yg sama dgn kamu..
darah ibu bapa kita..

siapalah kita tanpa mereka..
susah payah kita, jauh juga kita merantau..
mencari ilmu..

kalau tidak kerana hasil usaha ayah..
xmungkin ada seorang bakal doktor dahulu..
xmungkin ada seorang guru sekarang..
xmungkin ada seorang pereka grafik..
xmungkin ada seorang pembantu makmal..
xmungkin ada seorang pereka fesyen..
xmungkin ada seorang bakal guru..
xmungkin ada seorang bakal chef..
apa lagi..sebut sahaja.....

ayah pernah berkorban, bergadai tanah..
tetapi untuk menghantar anak orang lain ke luar negara...
apalah daya kami ketika itu utk mencapai tahap itu..
sekarang dia punyai jawatan besar, 1 malaysia kenal beliau..
tapi, dimana penghargaan itu..

jangan risau ayah..
darah dagingmu sendiri akan tebus pengorbanan ayah..
tapi siapa?

AKU!
ya AKU!
aku akan pastikan aku akan ke luar negara..
INSYAALLAH..
ku pohonkan rahmat & keizinan Tuhan..
untuk ku membalas jasa kedua ibu bapa ku..
akan ku banggakan mereka..
satu anak ini, bakal membuat mereka gembira..

biarkan air mataku mengalir di pagi 3 Syawal ini..
tidak sama keperitan ibuku melahirkan aku..
apalah nilai airmata berbanding jasa ibu..

ampukan anakmu ibu, ayah..
sekiranya aku byk berdosa padamu..

aku tidak ingin menderhaka..
aku hanya mahu membalas jasa...

akan ku buktikan pada mereka..
yg mencaci, menghina perihal kita..
tidak sedar mereka pun senang atas kesusahan kita dahulu..

segulung ijazah dari universiti,
pasti berada dalam dakapan ayah bonda suatu hari nanti..
akan ku nantikan saat paling bermakna itu..


SALAM AIDILFITRI AYAHANDA & BONDA..
aku amat menyayangi kalian..
semoga bahagia...

0 comments: